Khamis, 26 Mac 2015

Info - Tabiat yang Perlu Anda Elak

'Info - Tabiat yang Perlu Anda Elak'

Tabiat lama sukar ditinggalkan dan sebahagian daripadanya menyebabkan anda terpaksa menanggung kos tinggi. Kita boleh berjimat-cermat tetapi tabiat lama terlalu sukar untuk dibuang! Malangnya, itulah sifat manusia. Artikel bertajuk “5 tabiat yang perlu anda elak” ini merupakan satu peringatan kepada kita semua untuk mengurangkan tabiat yang menelan kos tinggi daripada gaya hidup kita!

1. Membeli Ikut Nafsu

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak


Adalah tidak elok untuk menambah barangan yang tidak penting ke dalam troli ketika membeli-belah seperti coklat bar yang diimport, majalah, malah mungkin barangan berjenama baru yang tidak pernah tersenarai dalam senarai barangan runcit anda. Secara purata, pembeli cenderung untuk berbelanja melebihi bajet runcit mereka, sebahagiannya disebabkan oleh tabiat yang tidak disedari mengambil item tambahan tanpa berfikir panjang. Strategi pemasaran yang digunakan di kedai stesen, pasar raya, pasar raya besar dan sebahagiannya juga merupakan sebab utama untuk bil runcit yang banyak. Bukan semua salah anda pun!
Cara menyekat tabiat anda: Hanya membawa jumlah wang tunai secukupnya apabila anda pergi ke pasar raya dan meninggalkan kad kredit anda di rumah.



  
2. Membeli Kopi

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak


Kos yang mungkin anda tanggung hanya untuk kopi anda adalah: RM3,640 setahun. Harga yang anda bayar jika anda membeli secawan kopi RM10 setiap hari dalam seminggu. Kopi Arabica premium merupakan kegemaran Hipster dari bukit Timbuktu. Hujung minggu sahaja akan membelanjakan sehingga sekurang-kurangnya RM1,040 setahun. Seperti penagih kafein tegar, mereka gembira dengan wujudnya kafe seperti cendawan di negara ini, tetapi secawan kopi beraroma akan menelan kos yang tinggi.

Cara menyekat tabiat anda: Jika anda peminat kopi tegar dan tidak boleh berfungsi tanpa menghirup secawan kopi, mengapa anda tidak membeli sahaja mesin kopi mampu milik dan membuat secawan kopi anda sendiri?

3.  Loteri

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak


Magnum 4-D, Sports Toto atau nombor ekor adalah hobi yang menyeronokkan, tetapi tiket loteri merupakan faktor muflis di seluruh dunia. ‘Sukan’ yang menguntungkan ini tidak memerlukan bantuan daripada pakar-pakar pemasaran untuk mempengaruhi mereka yang berjudi; mereka akan tertarik dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk dimenangi! Judi adalah permainan yang melibatkan peluang, jadi kebarangkalian mendapat jackpot 10 juta dolar adalah agak mustahil.

Cara menyekat tabiat anda: Adalah lebih baik membuka deposit tetap dan melihat wang anda bertambah. Ya, tidak dinafikan kadang-kadang boleh mendapatkan wang sehingga berjuta-juta. Akan tetapi lebih ramai orang akhirnya rugi daripada menjadi kaya dalam hidup mereka hasil daripada pembelian loteri ini.

4. Bayar Lewat

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak


Jangan sesekali lewat membayar bil kad kredit anda kerana anda memberikan wang secara percuma kepada bank! Walaupun tabiat beramal sangat disarankan, tetapi bank sudah sedia mengaut keuntungan yang banyak daripada kadar faedah bagi kad kredit dan pinjaman anda. Jika lebih baik anda menderma ke tempat perlindungan haiwan atau kepada saya!. Kebanyakan syarikat kad kredit, misalnya, mengenakan bayaran lewat kira-kira 1.5% daripada jumlah keseluruhan anda. Jika anda bayaran anda lewat setahun, maka anda terpaksa membazirkan wang anda begitu sahaja disebabkan kelalaian anda membayar bil lewat.
Cara menyekat tabiat anda: Membayar bil-bil anda tepat pada masanya!

5. Merokok

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak


Harga untuk 1 pek adalah RM12, jadi jika anda membeli satu pek setiap minggu, anda akan membelanjakan RM624 setahun. Dua pek seminggu, dan anda akan membazirkan RM1,248 setahun. Pernah dengar slogan; merokok membahayakan kesihatan anda?

Cara menyekat tabiat anda: Fikirkan mengenai perkara lain yang lebih menyeronokkan dan berfaedah (contohnya seperti bercuti) anda boleh menjimatkan wang dengan RM1,248.
 jimatcermat

MAKANAN YANG DILARANG KETIKA SEDANG HAID

'MAKANAN YANG DILARANG KETIKA SEDANG HAID'


4 MAKANAN YANG DILARANG KETIKA SEDANG HAID



4 MAKANAN YANG DILARANG KETIKA SEDANG HAID 

Sakit Ketika Haid Adalah Fobia Bagi wanita Disini ada Tips 4 Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan Ketika Datang Haid

1 COKELAT

Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda, dan kopi selama kitaran haid. kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan! sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid..

2 PRODUK SUSU

susu mengadungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. kerana prostaglandin dilepaskan dari ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

3 MAKANAN OLAHAN

Mengurangkan Pengambilan Natrium Atau Garam Akan Mengurangkan Retensi Air Dan Kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos. dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengadungin natrium 200mg atau lebih per porsi.


4 MAKANAN YANG DILARANG KETIKA SEDANG HAID

4 GORENGAN

Makanan Tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan bleh menimbulkan kekejangan dan rasa sakit. 

~Cuba Amalkan Dan Semoga dapat Membantu Anda Kaum Wanita =)
 http://cardova.net

Resepi Pembuka Selera - Kerabu Betik Suhun

'Resepi Pembuka Selera - Kerabu Betik Suhun'

Kerabu Betik Suhun



Kerabu Betik Suhun

BAHAN-BAHAN:
½ biji betik muda – dihiris halus
2 ulas bawang merah – dihiris halus
3 biji cili merah – dihiris halus
3 biji cili hijau – dihiris halus
5 biji cili padi – dihiris halus
100 gm daun ketumbar – dihiris haluskan
100 gm suhun – direndam hingga lembut
2 biji limau nipis
½ inci belacan
Garam dan gula secukupnya





CARA MENYEDIAKAN:

1.  Campurkan semua bahan-bahan yang telah dihiris halus ke dalam satu bekas.
2.  Masukkan garam dan gula secukup rasa, air perahan limau nipis dan belacan. Gaul sehingga sebati.
3.  Hidangkan bersama suhun.
Saji

Siapakah orang yang muflis?

'Siapakah orang yang muflis?'

Suatu hari, Rasulullah sollallahu'alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat Baginda;

"Pada pendapat kalian, siapakah yang dimaksudkan sebagai orang yang MUFLIS?"


Jawab para Sahabat;

"Orang yang tidak mempunyai harta."

orang yang muflis 


Gua Rahsia Tempat Perlindungan Pejuang Syria

'Gua Rahsia Tempat Perlindungan Pejuang Syria'


Syrian rebels are constantly looking for ways to protect themselves and plan their next move. They’ve created many underground hideouts so that soldiers and their families can stay safe from opposing forces. These caves make the perfect hiding spot for anyone looking to get away from danger.



































 

daireshare

Renungan - 4 soalan penentu nasib kita di akhirat

'Renungan - 4 soalan penentu nasib kita di akhirat'

Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Allah pada hari Qiamat sehingga dia dipersoal akan 4 perkara :

1 * UMUR : bagaimana ia dihabiskan?

2 * ILMU : bagaimana ia digunakan?

3 * HARTA BENDA : bagaimana (dari mana) ia didapati dan bagaimana (untuk apa) ia dibelanjakan

4 * TUBUH BADAN : bagaimana ia dimanfaatkan (terutama masa muda @ sihatnya)

  • SETIAP PERKATAAN @ tulisan kita atas dunia ini akan dicatat.
  • SETIAP PERBUATAN kita atas dunia ini akan direkod oleh Malaikat di bahu kanan dan kiri.


Dan SEMUA perkataan dan perbuatan itu akan di PERSOAL dan di PERTANGGUNGJAWABKAN di mahkamah ALLAH.

Bersediakah kita untuk menjawab semua itu???

  • Berhati-hati lah dalam setiap patah perkataan (atau tulisan) yang kita keluarkan.
  • Berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan perbuatan kita atas dunia ini.


Sentiasa soal diri ;

 


Apakah perkataan atau perbuatan aku ini selari dengan kehendak Allah? Apakah Allah redha dengan ucapan atau perbuatan aku ini?


Sentiasalah berusaha untuk cari redha Allah.

Dan contoh terbaik untuk kita mendapat redha Allah itu, adalah dengan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi sollallahu 'alaihi wasallam.

soalan penentu nasib


Renung-renungkan dan selamat beramal.
 http://pakarhowto.com/

Anggota manusia yang suka buat maksiat

'Anggota manusia yang suka buat maksiat'

buat dosa 


7 anggota manusia suka dan seronok melakukan maksiat ;

Lidah

suka mengumpat,mencaci,memaki, marah-marah…

Telinga

suka dengar orang mengumpat, mendengar perkara melalaikan

Mata

suka tengok perkara haram, lelaki memandang wanita ajnabi tak tutup aurat

Tangan

suka buat zalim dan pukul orang, mencuri dan membuat perkara haram

Kaki

suka berjalan ke tempat melalaikan dan menghabiskan masa sia-sia

Perut

suka makanan dan minuman sedap tak kira halal haram

Kemaluan

suka berzina dan liwat

Ayuh saudara saudari,

Kita buat perubahan. Kita islah diri.

buat dosa

Ayuh tukarkan lidah menyebut benda baik, baca Quran dan berzikir…

Begitu juga telinga… mari mendengar hal-hal baik, kelas ilmu dan sebagainya

Tangan memberi sedekah, membantu orang lain.

Kaki… kita langkah ke tempat baik seperti masjid.

Mata pun kita guna untuk membaca perkara berguna

Perut hanya menelan benda-benda halal

Anggota kemaluan… cepat-cepat kahwin, cari yang yang halal

Kita ada pilihan. Nabi sollallahu 'alaihi wasallam dah tunjuk jalan.

So, tepuk dada, tanya la iman.

  • Mahu dosa atau pahala?
  • Mahu Allah murka atau Allah redha?
  • Mahu syurga atau neraka?


Pilihan di tangan anda!

Tulisan : Ustaz Mohamad Kamil
pakor how to


Khasiat & Manfaat Buah Tin

'Khasiat & Manfaat Buah Tin'

Pernah makan buah tin? Atau dikenali juga sebagai buah ara. Biasanya, orang balik dari haji atau umrah akan membawa makanan dan buah-buahan dari Mekah. Buah tin antara buah-buahan popular di Arab Saudi. So, dapat la jugak aku merasa isi buah tin ni.


Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik

Gambar buah tin yang penuh khasiat!


Haaa, jangan tak tau buah tin ni banyak khasiatnya! Kandungan buah tin yang banyak nutrient ni memberi kelebihan dan kebaikan buat kesihatan kita. Jom selongkar apa manfaat yang diperoleh menerusi buah tin.

 


 

1. Buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Bagi yang menghidap tekanan darah tinggi, anda disyorkan untuk mengambil buah tin. Sebab apa, buah tin ni kaya dengan potassium. Potassium merupakan sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Pengambilan buah yang mengandungi potassium seperti buah tin ni secara konsisten, memberi kesan positif buat pesakit darah tinggi.

Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik

Pokok buah tin


2. Buah tin membantu menurunkan berat badan

Buah tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan. Bila perut sentiasa rasa kenyang, kuranglah aktiviti kita menguyah di dapur. Dengan itu, diet pemakanan kita terjaga dan kita mampu mendapat berat badan yang ideal.


3. Buah tin melindungi diri dari kanser barah payudara

Pengambilan serat yang tinggi seperti buah tin mampu melindungi wanita yang sudah menopaus daripada barah payudara. Satu kajian membabitkan 51,823 wanita menopaus selama lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan yang mengambil serat yang tinggi dalam diet mereka.


4. Buah tin membantu pesakit diabetes

Daun buah tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin.


5. Peranan buah tin dalam menjaga kesihatan jantung: kardiovaskular

Daun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel barah.


6. Buah tin melindungi diri dari kemerosotan makular

Buah tin mampu melindungi penglihatan yang merosot disebabkan faktor usia semakin lanjut. InshaAllah, kalau diamalkan buah tin ni berterusan walau hingga ke tua, ia membantu penglihatan kita.


7. Buah tin membantu masalah sembelit

Kandungan serat yang tinggi iaitu kira-kira lima gram serat bagi tiga biji buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya mengelak sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit-birit.


8. Buah tin menghindari kanser kolon

Serat yang ada dalam buah tin merangsang penyingkiran radikal bebas dan bahan penyebab kanser dalam kolon.


9. Buah tin menguatkan tulang

Buah tin kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.


10. Buah tin melegakan sakit tekak

Lendir yang banyak di dalam buah tin memiliki sifat penyejuk dan mampu merawat sakit tekak serta melindungi tekak daripada masalah kesihatan. Malah, lendir itu adalah jus semula jadi yang melegakan kesakitan pada kerongkong dan peti suara.


Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik

Buah tin kering


Cara memilih dan membeli buah tin kering:

Buah tin kering banyak dijual di pasaran. Jadi untuk pemilihan buah tin kering terbaik, belilah yang jenis lembut, bebas kulat dan masih harum baunya.


Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik

Buah tin segar


Cara menyimpan buah tin segar:


Bagi buah tin yang segar pula, anda perlu simpan di dalam peti ais dan diletakkan dalam bekas bertutup bagi mengelak ia dirosakkan oleh makanan lain ataupun mengering. Penyimpanan yang betul membolehkan buah tin segar dapat
 http://umikasum.blogspot.com/

LikeTweet